MEMORI
~ RAM, PRIMARY STORAGE, MAIN STORAGE ~
~ INTERNAL STORAGE, MAIN MEMORY ~
1. Memori ialah bahagian komputer yang menyimpan :
- Data untuk pemprosesan
- Arahan-arahan atau program untuk pemprosesan data
- Maklumat iaitu data telah diproses
2. Data dan arahan disimpan dalam memori secara sementara sahaja. Ini adalah kerana :
- Kebaikan jenis memori menyimpan data secara sementara.
- Jika terdapat lebih dari satu program dilaksanakan dalam satu masa yang sama, sesuatu
aturcara tidak boleh berada dalam memori secara eksklusif.
- Tiada ruang dalam memori untuk menyimpan data yang telah diproses.
3. Terdapat dua jenis memori iaitu:
- RAM (Random Access Memory) capaian memori jenis ini menyimpan data dan arahan
yang akan dilaksanakan secara sementara. Ia bersifat meruap (volatile) iaitu kandungan
ingatannya akan terhapus sekiranya tiada arus elektrik. RAM terdiri daripada dua jenis
iaitu Statik RAM (SRAM) dan Dynamic Ram (DRAM). Ukuran muatan bergantung kepada jumlah
bait yang boleh disimpan. Contohnya 8MB, 16MB, 32MB, 64MB, 128MB dan sebagainya.
- ROM (Read Only Memory) iaitu memori jenis ini menyimpan program dan data secara
kekal. Kandungan memori iaitu program dan data hanya boleh dibaca dan digunakan tetapi
boleh diubahsuai oleh pengguna. Ia bersifat tidak meruap iaitu (non-volatile) kandungan
memori tidak akan terhapus sekiranya tiada bekalan arus elektrik.
DAFTAR
1.Daftar ialah storan sementara bagi sesuatu arahan dan data yang sedang dilaksanakan
oleh CPU. Ia bukan sebahagian daripada memori tetapi ia merupakan storan tambahan yang
mempunyai kelebihan dari segi kepantasan. Daftar dikawal oleh unit kawalan untuk menerima,
menyimpan dan menghantar arahan dan data. Ia membenarkan perbandingan arithmetik dan logik
dilakukan dengan pantas. Daftar ini dikenali sebagai Daftar Storan Berkelajuan Tinggi.
2. Terdapat beberapa jenis daftar iaitu:
- Daftar Penghimpun (accumulator) - untuk simpan hasil pengiraan
- Daftar Alamat - simpan alamat lokasi dalam memori
- Daftar Storan - simpan data yang akan dihantar atau diambil dari memori
- Daftar Am (general purpose) - berguna untuk pelbagai fungsi seperti operasi arithmetik
|