PERISIAN
Perisian
(software) ialah set arahan yang mengarahkan komputer apa yang perlu dilaksanakan olehnya.
Ia juga dikenali sebagai program, iaitu set arahan yang mengarahkan komputer selangkah
demi selangkah cara melaksanakan tugas dan menghasilkan keputusan.
Terdapat tiga kategori perisian :
| Kategori |
Contoh |
| Perisian Sistem
(System) |
Dos, Unix, OS |
| Perisian Aplikasi
(Application) |
Ms-Word, Ms-Excel |
| Perisian Utiliti
(Utility) |
Norton Utilities |
Perisian
Sistem
Perisian Sistem ialah perisian yang direka bentuk untuk melaksanakan
tugas-tugas yang berkaitan dengan pengawalan terus dan penggunaan perkakasan komputer.
Ia merupakan program / sekumpulan program yang direka untuk pengguna
dan juga dinamakan sebagai end-user program. Perisian ini meliputi program pengkalan data,
pengkalan data dan spreadsheet.
Contohnya : DOS, UNIX, Palm OS, Windows NT, Windows 95,
Windows 98, Windows 2000, Windows ME, Windows XP, dan sebagainya.
Perisian Aplikasi
Perisian Aplikasi ialah perisian yang digunakan untuk
menyelesaikan sesuatu masalah atau tugas pengguna. Ia meliputi pengkompil, loader, linker
dan nyahpepijat debugger. Perisian ini melakukan kerja yang terperinci dan biasanya
berkenaan dengan sistem sumber.
Contoh : Microsoft Word, Microsoft PowerPoint, Notepad,
Frontpage 98, Neoplanet, Adobe Photoshop, Macromedia Dreamweaver, Paint Shop Pro, Ptable,
AlphaWorld, Rockford, Fund Manager, XPNS, Executive Desk, Prompter, dan banyak lagi.
Terdapat lima kategori perisian aplikasi.
| Kategori |
Contoh |
| a) Pemproses Perkataan (Word
Processing) |
Microsoft Word |
| b) Lembaran Elektronik (Electronic
Spreadsheet) |
Microsoft Excel |
| c) Pengurusan Pangkalan Data (Database
Management) |
Microsoft Access |
| d) Grafik (Graphics) |
Adobe Photoshop |
| e) Komunikasi (Communication) |
Internet Explorer |
Perisian Utiliti
Perisian Utiliti ini berbeza dari perisian aplikasi dalam
bentuk saiz, kekompleksan dan fungsi. Ia adakala disimpan sebagai memory-resident program
dan dalam sistem DOS (disk operating system), utiliti ini
dipanggil TSR (terminate and stay resident).
Ia mempunyai tugasan tertentu seperti membuat salinan (backup),
dan mengesan serangan virus. Perisian ini menyokong dan membaiki penggunaan perisian yang
sedia ada dalam cakera liut (hard disk).
Jenis-jenis perisian utiliti
Terdapat pelbagai jenis perisian utiliti yang merangkumi : -
~ Utiliti Konfigurasi dan Boot-Up
(Configuration & Boot-Up) |
~ Utiliti DOS |
~ Utiliti Rangkaian (Networking) |
| ~ Screen Saver |
| ~ Utiliti Anti-Virus dan lain-lain |
~ Utiliti Screen Saver
Hot Corners : Hot Corners merupakan utiliti skrin yang membenarkan pengguna
memulakan atau melarangkan pelancaran 'screen saver' dengan mengerakkan tetikus ke hujung
desktop yang telah dipilih terdahulu.
Jika 'screen saver' itu ada kawalan kata-kunci
(password-protected), satu fungsi yang melarang orang lain daripada mendapatkan maklumat
dari komputer anda semasa anda tidak menggunakannya, Hot Corners mencepatkan masa
pelancaran 'screen saver' kepada satu saat dengan menggerakkan tetikus ke hujung skrin.
| Saiz fail :19 KB |
| Shareware dari Firas El-Hasan |
Contoh lain : WinZip, Norton Anti-Virus, Norton Utilities,
NetWatch, SurfNanny, AfterDark, UZPower, RCALC 2, WinClock, Multi Booter, Launchpad,
WinHacker, Palette, SciTech Display, SysPal, Hot Corners dan lain-lain.
|