Free Web Hosting Provider - Web Hosting - E-commerce - High Speed Internet - Free Web Page
Search the Web

:: iBook :: sistem komputer

.

Top of the interface
ibookban.gif (10262 bytes)
.

:: ibook.4t.com ::

sistem komputer

.
About us
Home
Links
blank
Email
s1.jpg (700 bytes) s2.jpg (708 bytes)

bfly.gif (1047 bytes)    bfly.gif (1047 bytes)

komputer2.jpg (17609 bytes)

 

KOMPONEN SISTEM KOMPUTER

  Komputer ialah mesin yang boleh diprogramkan untuk menerima data (input), memproses data ke bentuk maklumat yang berguna kepada manusia (output) dan menyimpan data dalam storan sekunder untuk simpanan atau kegunaan akan datang.

Sistem komputer terdiri daripada tiga komponen utama iaitu perkakasan(hardware), perisian(software), dan akhir sekali pengguna(user).

           

PERKAKASAN

    Perkakasan ialah semua peralatan yang berkaitan dengan komputer. Peranti yang disambung terus ke komputer dikenali sebagai peranti periferal. Ia termasuklah peranti input, output, dan storan sekunder. Terdapat empat unit perkakasan komputer.

Input   >>   Proses    >>  Output

|  /\

\/  |

Storan

 

INPUT

  1. Input ialah data yang dimasukkan ke dalam komputer untuk di proses di mana data akan ditukar ke bentuk isyarat digital supaya boleh difahami oleh komputer (bahasa mesin)[0-1].
  1. Cara kemasukkan data:-
  1. Pemasukkan secara transkriktif - data pada mulanya dimasukkan ke dalam dokumen seperti mengisi borang dan kemudian di masukkan ke dalam komputer oleh manusia. Contoh : papan kekunci (keyboard)
  2. Pemasukkan secara data sumber - data dimasukkan menggunakan peranti input yang boleh membaca secara terus sumber data tersebut. Contoh, data dalam bentuk kod bar pada barangan akan dibaca menggunakan peranti input bar code reader.
  1. Peranti Input - peranti yang digunakan untuk memasukkan data yang hendak diproses dimana input akan ditukar ke bentuk isyarat digital yang difahami oleh komputer.
  1. Kategori Peranti Input :-
  1. Peranti Input Papan Kekunci
  2. Peranti Penunjuk - tetikus, joystick, trackball, skrin sentuh, pena cahaya
  3. Peranti Pengesanan - bar code reader, scanner, peranti OMR, MICR inscriber
  4. Mesin Pembaca Magnetic Stripe Card, Smart cards, dan Optikal Cards - kad kredit, ATM, kad pintar (kad telefon)
  5. Peranti Pengesanan Input Suara - peranti ini dapat menerima percakapan melalui mikrofon dan menukar percakapan manusia ke kod digital untuk diproses oleh komputer.
  6. Peranti Input Audio - merekod bunyi dalam bentuk analog dan menukar ke isyarat digital
  7. Peranti Input Video - ia akan menukar isyarat analog dari VCR cakera video ke bentuk isyarat digital. Contoh, VCD dan  CD.
  8. Peranti Input Kamera - mengambil gambar dalam bentuk elektronik untuk tayangan terus kepada monitor
  9. Peranti Input Pengesanan - peranti input akan mengesan data tertentu secara terus dari persekitaran dan menghantarnya ke komputer. Data yang dapat dikesan seperti kelajuan, berat, tekanan, suhu angin dan cahaya. 

 

OUTPUT

  1. Output ialah maklumat yang berguna yang akan dikeluarkan oleh komputer hasil dari pemprosesan data yang dikeluarkan dalam bentuk yang difahami oleh manusia, komputer atau peranti lain.
  1. Bentuk output
  1. Salinan Keras (Hard Copy) - iaitu output yang dihasilkan secara kekal dan boleh disimpan. Contoh : cetakan diatas kertas oleh pencetak.
  2. Salinan Lembut (Soft Copy) - ialah output yang dihasilkan secara sementara iaitu ia tidak dapat dikeluarkan jika tiada bekalan elektrik. Contoh : Paparan pada monitor dan output suara.
  1. Peranti output ialah perkakasan yang digunakan untuk mengeluarkan output di mana output dalam bentuk yang komputer fahami akan ditukar ke bentuk yang boleh difahami oleh manusia atau peranti lain. Contoh : monitor, pencetak, COM (computer outputmicroform), peranti output suara, peranti output muzik, pemplot.

 

bfly.gif (1047 bytes)    bfly.gif (1047 bytes)

 

s3.jpg (709 bytes) s4.jpg (705 bytes)

 

 

Best viewed with 640 X 480 pixels and True Colour (24 bit).

 

| home | sejarah | sistem | lain-lain | email |

 

music_elephant.gif (553 bytes) i Book

This page is owned and operated by Lily.

All pics, graphics, ideas and stuff are copyrighted to their respective owners.